Pages

Friday 15 March 2013

#7 Kata Sapaan Yang Betul

Hari Khamis lepas, dalam kelas Sosiolinguistik Dr Saniah telah mengajar kami semua tentang Mikrososiolinguistik dan Makrososiolinguistik. Hasil pembelajaran itu, setiap masyarakat mempunyai kata sapaan dan gelaran yang tertentu bagi diri mereka baik dari segi pangkat, akademik dan keturunan.

 Apa yang ingin saya kupaskan dalam entri ini adalah mengenai penggunaan kata sapaan yang betul.
 Seringkali saya melihat individu menegur orang yang tidak dikenali dengan panggilan abang, pakcik dan sebagainya. Perkara sebegini tidak akan menimbulkan masalah sekiranya orang yang ditegur merupakan orang biasa dan tidak mempunyai sebarang pangkat atau gelaran khas.

Sebaliknya jika berlaku kepada individu yang mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk, Tan Sri, Profesor dan sebagainya, kadangkala golongan ini akan rasa tersinggung dengan kata sapaan tersebut. Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini, penggunaan kata sapaan ‘encik’ adalah sangat sesuai jika digunakan untuk menegur sesiapa sahaja.


Ulasan dan Pengajaran :
“Kita tidak boleh sesuka hati memanggil orang lain dengan panggilan pakcik, abang dan sebagainya. Sebaliknya kata sapaan yang betul ialah encik dan sangat sesuai digunakan kepada sesiapa sahaja”




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.