Pages

Thursday 7 March 2013

#1 Kerana Bahasa Kita Dipermainkan

NAK BERBUAL KENA ADA ILMU

Dalam tulisan saya ini, suka saya mengajak anda untuk membuat sedikit senaman minda tentang beberapa perkara yang berlaku di sekitar kita. Antara yang sering diperkatakan adalah berkenaan kesungguhan dan kehendak seseorang untuk mengusai bahasa perbualan atau dialek dengan baik bagi mereka yang berada di luar negeri kelahiran masing-masing. Saya datangkan contoh di sini berkenaan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana pusat pengajian yang ada. jika ditanya akan pilihan mereka sama ada untuk bertutur dalam bahasa baku atau bahasa pasar, sudah semestinya ramai menjawab dan memilih bahasa pasar.

Kerana Bahasa Kita Dipermainkan ???

Teringat saya akan satu kisah sewaktu berada di kelas tidak lama dahulu, di mana pensyarah yang mengajar ketika itu ada bertanya kepada pelajar-pelajar yang berlainan negeri yang ada di kelas tersebut. Jika nak dijadikan dialog semula, mungkin ini yang boleh saya ingat serba sedikit :

Doktor : Awak biasanya kalau ke pasar atau ke mana-mana, cakap ngan orang tempatan sini guna bahasa baku atau bahasa dialek?
Pelajar 1 : Kalau ke kedai mesti guna bahasa pasar la doktor, takkan nak guna bahasa macam ayat dalam buku.
Doktor : Kenapa pulak tak boleh? Ada sebab-sebab tertentu ke?
Pelajar 2 : Bukan ape doktor, kalau saya atau sape-sape yang lain cakap macam dalam buku, nanti dia ingat kita baru lagi kat sini. Nak tipu kita pun senang.
Pelajar 1 : Betul tu doktor, saya pernah kena macam tu dulu.
Doktor : (hanya tersenyum)

Ya, bagi mereka yang memilih menggunakan bahasa pasar, itulah antara sebab-sebab yang dinyatakan apabila ditanya kenapa dan mengapa. Sebenarnya masalah tipu atau tidak bukanlah bergantung kepada baru ke lama, cakap fasih atau tidak, atau sebagainya. Tidak dinafikan ada yang pernah lalui situasi tersebut sepanjang berada di negeri lain. Tetapi perlu diingat semua yang berikut bergantung kepada niat dalam hati. Tidak perlu menyalahkan soal bahasa semata-mata. Kalau pun orang tempatan sendiri ke kedai, dan si penjual ada sedikit perangai kurang baik, tidak mustahil juga orang tempatan itu sendiri boleh ditipu.


Bahasa Baku - Tidak Salah Jika Masuk Pasar

Merujuk kepada kisah di atas, tulisan santai ini bukanlah untuk mengajak anda semua berfikir sejenak akan perkara tersebut. Maksudnya di sini sebagai orang yang berkehendak akan sesuatu perkara, pastinya anda akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diinginkan. Tapi bagaimana untuk mendapatkannya?

Sebagai contoh : seorang lelaki yang meminati seorang perempuan pastinya akan melakukan apa sahaja untuk mengenali dengan lebih dekat perempuan tersebut. Siapa namanya, dari mana dia, apa kesukaannya dan sebagainya. Begitu jugalah dalam hal yang berkaitan dengan tajuk kita pada kali ini. Tak kenal maka tak cinta!


Pengajaran dan Ulasan :

Terpulanglah kepada cara dan kehendak masing-masing dalam mendekati dan mengenali gaya percakapan yang ingin dipelajari dalam sesebuah masyarakat. Ada yang suka menonton filem, membaca komik, mendengar lagu dan tidak kurang juga yang sentiasa mengikuti berita terkini di televisyen atau stesen radio. Apa yang penting, setiap perkara yang dilakukan dalam aktiviti harian kita mestilah disertakan dengan kemahuan untuk lebih mengenalinya sebagai jalan untuk mempelajari bahasa perbualan (dapat belajar ayat atau perkataan baru setiap kali terlibat dalam aktiviti yang disebut).

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi di ruangan cerita seterusnya.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.