Pages

Thursday 7 March 2013

#3 Bahasa Rojak

Assalamualaikum semua...... :)



Lihatlah gambar di sebelah ini, berdasarkan dialog yang digunakan antara dua watak ini terdapat unsur percampuran bahasa. percampuran bahasa ini juga dikenali sebagai "Bahasa Rojak". Isu tentang bahasa rojak ini sudah lama diperkatakan dan ianya kebanyakan berlaku dalam kalangan remaja masa kini.

Bahasa rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walaubagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Bahasa rojak ini juga berlaku dalam persekitaran saya. Masih saya ingat lagi, sedang saya dan rakan-rakan membeli buku subjek major di salah sebuah kedai buku di Kuala Lumpur. Kami terdengar perbualan seorang gadis kota sedang bercakap telefon dengan seseorang. Perbualannya lebih kurang seperti ini, "U kat mane ni? I dah tunggu U kat area ni lama dah tau" "If U lambat datang, I cau dulu ah"

Perbualannya amat menggelikan hati kami. Kami gelak terbahak-bahak. Gadis tersebut mungkin tersedar yang kami menggelakkannya, lalu dia beredar ke hadapan kedai buku itu.

Pengajaran dan Ulasan :

Apa yang dapat saya ulaskan adalah bahasa Melayu itu sangatlah indah sekiranya individu bijak dalam mengamalkannya. Disebabkan zaman yang serba moden ini, remaja kini sudah terpengaruh dalam bahasa rojak yang dianggap sedap diucap dan didengar. Oleh itu, cubalah gunakan bahasa Melayu dengan betul kerana bahasa mencerminkan peribadi seseorang orang dan identiti negara.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.