Pada hari Rabu bersamaan 13 Mac 2013, dalam kelas Karya
Agung, pensayarah saya ada menyebutkan tentang simbol dan bahasa dalam Karya
Agung yang menjadi satu komunikasi dalam penyampaian maklumat kepada khalayak.
Berdasarkan itu, komunikasi
adalah satu tuntutan hidup dan tanpa sedar atau sedar, secara aktif atau pasif,
kita sebenarnya berkomunikasi. Kita lazimnya menggunakan berbagai-bagai simbol
dan isyarat berbentuk kata atau tanpa kata untuk membentuk apa yang ingin kita
sampaikan.
Komunikasi adalah asas hidup bermasyarakat dan sering kali
kita tidak mengambil berat atau kurang mengetahui bagaimana untuk kita
berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Umumnya, komunikasi adalah satu
aktiviti berperingkat (multi-level) yang bermula daripada fikiran yang waras.
Oleh itu, komunikasi bergantung kepada konteks dan ciri-ciri individu penyampai
dan penerima, maka ia adalah amat rumit untuk dilaksanakan.
Ulasan dan Pengajaran :
Dengan simbol juga masyarakat dapat memahami tujuan yang ingin disampai oleh seseorang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.