Pages

Thursday, 7 March 2013

#4 Terima Kasih

Salam semuanya..






Kisah kali ini pula mengenai ungkapan 'Terima Kasih'. Setiap kebaikan yang dilakukan seseorang kepada kita, seharusnya kita perlulah mengucapkan ungkapan 'Terima Kasih' sebagai tanda kita menghargai jasa atau bantuan yang telah diberikan kepada kita.

Setiap kali saya hendak pergi ke kampus Sultan Azlan Shah, saya akan menaiki bas kitaran yang disediakan oleh pihak Upsi. Amalan ini sudah lama diterapkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain sejak semester satu lagi. Sekarang, kami menaiki bas baru daripada Syarikat Kiffah sdn. bhd. Bas Kiffah lebih selesa dan cantik serta berwarna-warni.

Semester ini juga, saya mempunyai satu kelas di kampus baru iaitu kelas subjek Projek Tahun Akhir. Sesudah sampai ke kampus baru, kami akan menuruni bas lalu mengucapkan 'Terima Kasih' kepada abang dan pakcik pemandu bas. Dengan itu, ungkapan kami di balas dengan ungkapan 'Sama-sama' dan senyuman.

Namun, ada juga sesetengah pelajar yang masih tidak mengucapkan ucapan 'Terima Kasih' kepada pemandu bas. Sikap ini hanyalah mementingkan diri sendiri dan melambangkan seseorang tersebut sangat sombong.

Pangajaran dan Ulasan :

Setiap kebaikan yang dilakukan, balaslah dengan kebaikan juga. Walaupun bukan dengan harta, ucapan terima kasih juga sudah cukup mencukupi.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.