Pages

Thursday, 28 March 2013

#18 SENYUMLAH



Semalam, saya bersama beberapa orang rakan telah pergi ke kedai mamak berhampiran untuk menjamu selera di situ. Lokasi kedai mamak tersebut tidak jauh dari rumah kami.

Semasa di sana, kami semua telah membuat pesanan minuman dan makanan daripada pekerja di situ. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya dan rakan-rakan makan di kedai tersebut. Apa yang mengecewakan saya ialah kebanyakan pekerja di situ lansung tidak melayan kami dengan baik malahan untuk melihat mereka semua senyum pun adalah satu perkara yang sangat sukar. Mereka juga menggunakan bahasa yang agak kasar ketika mengambil pesanan kami. Kemungkinan kerana tekanan akibat daripada orang yang ramai pada waktu itu.



Hayatilah lagu ini...........

Senyum by Raihan

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyuman...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna

Senyum... Senyum... Senyum...
Senyum... Senyum... Senyum...
Senyum...
Senyumlah kita

Senyumlah... Senyumlah...Senyumlah...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati



Ulasan dan Pengajaran :

Semua sedia maklum bahawa senyum adalah sifat yang baik dan terpuji. Dengan senyuman kita dapat membina perhubungan dengan orang lain. Jadi, jika kita tidak dapat memberikan senyuman kepada orang lain, itu bermaksud kita telah mempunyai sifat tidak santun dalam diri kita. Sebagai seorang pekerja di kedai makan yang sering berurusan dengan orang ramai, kita mestilah sentiasa tersenyum untuk menarik pelanggan dan juga menggunakan bahasa yang baik untuk menjaga hati mereka.


#17 (Ungkapan Tabu dalam Filem-filem Melayu)

Assalamualaikum…

Apakah maksud tabu?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu boleh dimasudkan sebagai sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali, yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada percakapan. Dalam ertikata yang lain, tabu merupakan percakapan yang kurang sopan, kasar, kesat, atau berbaur lucah yang ditegah penggunaannya dalam komunikasi. Walau bagaimanapun, saya melihat industri perfileman kini banyak menggunakan ungkapan-unkapan yang bersifat tabu dalam pembikinan filem mereka. Contohnya, ketika saya menonton filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham di rumah sahabat saya di Shah Alam, saya mendapati filem tersebut banyak menggunakan ungkapan yang berbaur tabu atau lucah. Filem yang membongkarkan keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan remaja ini jelas menggunakan ungkapan tabu dalam dialog filem tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui watak Zekry, iaitu lakonan Farid Kamil yang menggungkapkan kata-kata tabu seperti “aku sangap lubang” dalam dialog filem tersebut. Hal ini menunjukkan betapa rendahnya penggunaan bahasa Melayu yang baik dan santun dalam dunia perfileman tanah air kita.

Hal ini menunjukkan bahawa bahasa industri perfileman kita menggunakan media sebagai saluran komersial yang mengeksploitasikan penggunaan pelbagai bentuk dan ragam bahasa yang tidak baik sehingga menjatuhkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Kemunculan pelbagai bentuk media dalam suasana yang penuh persaingan telah menjadikan ungkapan tabu sebagai objek seni dan komersial. Kedua-dua tujuan tersebut digabungjalinkan dengan menarik bagi tujuan melariskan jualan agar mendapatkan keuntungan yang luar biasa.



Kata Yang Mempunyai Makna Pantangan          Kata Alternatif

Alat kelamin lelaki/perempuan                      -      Kemaluan
Datang haid                                                 -      Datang bulan
Jamban                                                       -      Tandas/ Bilik air
Tahi                                                            -      Najis
Pelacur                                                       -        Pekerja seks
Kentut                                                        -       Buang angin
Orang gila                                                   -      Orang hilang akal
Tetek                                                          -      Buah dada
Mampus                                                     -      Meninggal dunia

Jadual 1: Contoh kata tabu dan kata gantian



...

Ulasan dan Pengajaran :

Sebagai rumusannya, tabu ini telah terbukti berperanan besar dalam masyarakat dan budaya Melayu, hasil penciptaan banyak kata dan kosa kata yang kreatif dan berterusan. Perkembangan bahasa tabu pada hari ini pula wujud berkemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yang kian bercambah. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yang dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial yang berlaku telah menjadi antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan yang timbul akibat penggunaan ungkapan tabu ini telah mempengaruhi masyarakat, terutamanya golongan untuk menggunakan ungkapan-ungkapan seumpama itu dalam komunikasi seharian mereka. Maka, dengan itu muncullah generasi yang tidak beradab sehingga sanggup menggunakan ungkapan tabu itu ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Oleh itu, diharap penggunaan ungkapan tabu dalam dunia perfileman dapat dikurangkan dan digantikan dengan bahasa halus atau eufemisme agar melahirkan generasi yang mampu berbahasa dengan halus dan sopan.

#16 Bahasa Yang Dimodenkan – Dan Dipendekkan



Titew Cukew Kamooo (euwh!)
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Sedang saya asyik ber"facebook".. saya terbaca satu laman sosial seseorang.. Disitu terdapat banyak sangat penggunaan bahasa ringkas dan dianggap comel oleh sesetengah orang. Antaranya :


tidur = tito (lawak okay? hahahah)
      nya = nyeww (kalau nye boleh tahan lagi sebab aku pon buat)
      sedap = cedap / shedap / syedap
       aku = ak / aq
       itu = it00                                                                                        
      *uit = tuitt (korang rasa apa?)
       lah = lha (yang ni aku bengang gila)




Di zaman teknologi maklumat ini dengan sms, twitter, facebook, blog dan sebagainya…bahasa dan sebutan menjadi semakin pelik kerana dimodenkan. Komunikasi dengan teks jelas mempengaruhi “lingo” di dalam urusan seharian. Perkataan “comel” ditulis sebagai  ”tomei”. Ini kerana sekiranya disebut comel secara berhadapan dengan subjek, perkataan disebut dengan intonasi yang menggambarkan kecomelan seorang bayi, seorang kanak2 atau seekor kucing. Tetapi dengan teks, intonasi tidak dapat disebut dan ditekankan…maka perkataan ditukar sewenang-wenangnya bagi mencapai maksud tersebut.

Ketika itulah bermula era ringkasan perkataan. Bagi menjimatkan kos dan menghantar mesej yang mencapai maksud, semua perkataan diringkaskan sehingga menjadi terlalu sukar untuk dibaca.

Saya masih ingat ketika SMS mula2 diperkenalkan, ketika itu sms mempunyai limit huruf atau aksara yang boleh digunakan. Satu sms yang ingin dihantar mestilah tidak lebih dari 160 aksara dan kemudian dinaikkan sekali ganda dan sehinggalah ke tanpa had huruf.

Ketika itulah bermula era ringkasan perkataan. Bagi menjimatkan kos dan menghantar mesej yang mencapai maksud, semua perkataan diringkaskan sehingga menjadi terlalu sukar untuk dibaca. Kemudian, apabila generasi internet bermula dan semua pelajar sekolah sudah memiliki telefon bimbit maka setiap perkataan dipendekkan, dimodenkan bagi memberi maksud yang sesuai. Ketika ini, sms sudah tidak mempunyai had huruf – anda boleh menaip seberapa banyak huruf atau perkataan, namun perkataan yang diringkaskan tetap menjadi pilihan.

Kita mahu sesuatu dengan cepat, kita mahu mesej kita ditaip dengan cepat (dengan menggunakan sebelah tangan ketika sedang bercakap dengan kawan atau ketika sedang memandu), maka kita tidak peduli semua itu
Kenapa ini berlaku?

Kerana kita tidak kisah, kita mahu sesuatu dengan cepat, kita mahu mesej kita ditaip dengan cepat (dengan menggunakan sebelah tangan ketika sedang bercakap dengan kawan atau ketika sedang memandu), maka kita tidak peduli semua itu, tidak peduli dengan perkataan apatah lagi tatabahasa. Yang penting, mesej perlu dihantar segera. Maka “aku” menjadi “aq”, “tidak” menjadi “x” dan inilah adalah contoh ayat yang saya maksudkan.

 “k la kowang, 2 jew aku nurk bebel..xmo amerk atiew taw nan titew…2 cume titew punye pndangan ajew..kalo turk puas atiew ley mawah org len,,titew turk calah pown” 



Saya tidak kisah (dan saya suka) membaca tulisan di dalam loghat atau dialek tempatan seperti dialek Kelantan, Kedah, Perak dan sebagainya yang ditulis seperti deghoyan, habaq, demo, pitih dan sebagainya. Saya cuma tidak dapat menerima atau membaca tulisan yang seperti di atas.

Saya tidak marah apabila tulisan diringkaskan dan masih mengekalkan perkataan sebenar dengan menggunakan tatabahasa serta “punctuation” yang betul, tetapi saya amat kecewa apabila perkataan di”lacurkan”, ditukarkan sesuka hati. Saya cabar setiap remaja di luar sana untk mencipta perkataan baru (lingo baru) untuk meluahkan hasrat anda..jangan mengubah bahasa asal sewenang-wenangnya.

…………………………………………………………………………………………………………

Ulasan dan Pengajaran :

Adakah anda suka apabila mendengar ucapan salam dari rakan anda berbunyi “semekommmm” yang disebut dengan cepat dan ringkas?

Entahlah, tapi saya pasti lebih suka mendengar dengan jelas “Assalamualaikum” dan melihat penyebutnya..mengucapkannya dengan senyuman


Tentunya, bahasa ringkas membawa implikasi besar dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap bangsa diwakili. Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa singkatan menjadi amalan harian memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa."Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa sehingga mereka mengadaptasikan sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber," katanya.

Menurut beliau, remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber, SMS dan blog."Ledakan teknologi menyebabkan bahasa turut masuk dalam arus perkembangannya memandangkan ia bentuk komunikasi digunakan seharian."Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain," katanya.



Friday, 22 March 2013

#15 Bahasa halus ~



Pada kali ini saya mahu membincangkan tentang bahasa halus dan juga bahasa kasar. Kedua-dua jenis variasi bahasa ini menunjukkan perbezaan yang ketara dari beberapa aspek. Bahasa halus ialah bahasa yang bersopan-santun dan berbudaya tinggi. Bahasa halus ini menggunakan kata ganti nama yang bersopan serta nada pengucapan yang rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan.
Antara bahasa halus seperti :

1. Datang bulan (haid)
2. Buang air kecil (kencing)
3.Buang air besar (berak)
4. Berbadan dua (mengandung)
5. Orang rumah (isteri)

Definisi dan contoh yang telah diberikan ternyata sangat berbeza dengan bahasa kasar.
Bahasa Kasar pula adalah :


Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.


Ulasan dan Pengajaran :

Kita hendaklah menggunakan bahasa halus dan cuba elak untuk menggunakan bahasa kasar ketika berkomunikasi. Banyak kelebihannya sekiranya kita menggunakan bahasa halus ketika berkomunikasi dengan orang lain. Antaranya ialah kita akan lebih menghormati orang lain, menjaga perasaan orang lain, serta dapat menimbulkan kemesraan antara satu sama lain.

#14 SAIM DAN SAING??



Assalamualaikum semua.

Senyum tak harini?? Kalau belum,,mari kita senyum tiga dulu,,, SENYUMMM :)

Hai. Semua orang pasti ada kawan kan?? Saya pon ada kawan. Sebut pasai kawan, saya ada istilah baru untuk kawan. Sejak berkawan dengan kawan yang pelbagai negeri, macam-macam istilah yang saya dapat untuk perkataan kawan. Sebelum saya jelaskan tentang istilah lain bagi kawan, telah berlaku satu kekeliruan kepada saya sewaktu pertama kali saya mendengar perkataan “saim”.

Selama ini saya ingatkan “saim” itu “saing” tapi rupa-rupanya saim itu istilah untuk kawan. Istilah ini sering di pakai guna oleh orang yang berasal dari Kelantan. Sebelum ini saya ingatkan saim itu singkatan untuk "saing" dan membawa maksud berlumba-lumba untuk sesutu. Ternyata saya yang salah.

Ulasan dan Pengajaran :

Walaupun bunyi sesuatu perkataan sama, namun maknanya mungkin sama sekali tidak sama dan ejaannya juga berlainan. Berlainan negeri berlainan lah dialek masing-masing.

Thursday, 21 March 2013

#13 Sampul Bantal @ Sarung Bantal ??



Hai semua..

Hari ini saya nak cerita sedikit kisah tentang kawan saya.. Bagi saya amat pelik la, tapi taktau la bagi awak semua macam mana pula. Hmmmm.... Kisah dia begini,,

Pada suatu petang, saya dan rakan saya sedang mengemas barang dalam bilik kami. Al-maklumlah baru sampai bumi Tanjong Malim ni setelah sekian lama bercuti semester la katakan. Masing-masing mengemas katil yang dah lama berhabuk. Kami menyarungkan tilam kami dengan sarung tilam yang baru.  Kemudian, “Dayah, tengok ni sampul bantal aku! Cantik tak?” tanya rakan aku. Haaaa? Saya terpinga-pinga.

Satu persoalan telah timbul dalam diri saya. Sampul bantal????

Ayat baru yang saya terima dalam hidup saya kerana seumur hidup saya, tak pernah lagi saya menyebut “sampul bantal”. Hahahahaha... Ianya sangat melucukan saya. Rakan saya menyatakan bahawa keluarganya pun panggil sampul bantal. Mereka berasal daripada Kelantan. Mungkin orang Kelantan juga menyebut “sampul bantal” juga. Kan??

Ulasan dan Pengajaran :

Walaupun istilah pada sesuatu benda ada yang melucukan seperti "sampul bantal" namun kita tidak boleh mempersendakan istilah tersebut yang digunakan seseorang. Mungkin itu istilah yang digunakan dalam sesebuah masyarakat setempat.

#12 SETIA tidak bermakna BENCI


ASSALAMUALAIKUM DAN SEJAHTERA SEMUANYA.......

Entri saya kali ini adalah berkaitan dengan “SETIA tidak bermakna BENCI”

Setelah membaca ayat ini, otak saya mula berfikir sejenak. Ianya ada sedikit memeningkan saya dan juga budak2 kelas saya pada hari tersebut. Mulanya saya fikir mungkin ayat yang diberikan adalah salah, namun setelah habis perbincangan dengan rakan-rakan sekelas, barulah saya faham apa yang dimaksudkan dengan “SETIA tidak bermakna BENCI”.

Dari segi konteks bahasa, kita sebagai masyarakat seharusnya bijak dalam pemakaian bahasa dalam kehidupan harian masing-masing. Hali ini demikian kerana, kita sebagai pengguna bahasa Melayu haruslah setia dan mengagungkan bahasa Melayu itu sendiri dan walaupun begitu, kita tidak seharusnya membenci bahasa yang lain kerana kadangkala kita juga perlukan bahasa lain dalam kehidupan kita.

Dari segi konteks manusia atau masyarakat pula, walaupun kita begitu setia kepada seseorang namun, kita tidak seharusnya membenci orang lain.

 Begitulah serba sedikit tentang “SETIA tidak bermakna BENCI”

Ulasan dan Pengajaran :

Setialah pada bahasa kita tapi janganlah membenci bahasa yang bukan milik kita... :)