Pages

Friday 29 March 2013

#20 Gula-gula dan Coklat


ASSALAMULAIKUM.....

Minggu ini sudah masuk minggu keenam berkuliah. Minggu depan minggu ketujuh sudah.. Seterusnya, minggu balik kampung. Yahoooo...Besnyaaa..

Tapi bukan itu yang ingin saya sampaikan. Minggu keenam merupakan minggu yang sibuk dan padat dengan pelbagai kerja yang tertangguh memandangkan semua tugasan harus dihantar pada minggu-minggu berikutnya. 

Semasa berada di perpustakaan Upsi, saya melihat  rata-rata rakan yang lain sedang mentelaah ilmu yang mereka pelajari. Ada juga yang bermain "game" di komputer riba mereka. Ada juga yang sibuk ber"facebook". Saya dan rakan saya sibuk menyiapkan tugasan kami. Saya mengalami keletihan kerana tidak cukup tidur akibat berjaga malam menyiapkan segala tugasan yang mesti dihantar. 

Saya menepuk bahu rakan saya  yang duduk di belakang dan bertanya sama ada dia mempunyai gula-gula atau tidak untuk menghilangkan ngantuk. Berikut merupakan pertanyaanya kepada saya :

“Wei, hang ada cekelat dak? Mai sebijik, nak bagi hilang mengantok aku neh”

Saya teringat ketika kali pertama rakan saya mendengar perkataan cekelat daripada saya yang berasal dari negeri Kedah. Pada masa itu dia agak kebingungan kerana jarang sekali dia membawa coklat datang ke kelas dan memikirkan apa motif saya tiba-tiba bertanya sama ada dia mempunyai coklat atau tidak. Dan kemudian saya menjelaskan kepadanya coklat yang dimaksudkan saya adalah gula-gula. Selepas ini dia tidak lagi kebingungan seperti hari itu lagi.


Gambar 1 : Coklat
                                               
Gambar 2 : Gula-gula



ULASAN dan PENGAJARAN :

Berdasarkan situasi di atas, kita dapat lihat kekeliruan yang berlaku daripada penggunaan perkataan yang biasanya kita rujuk pada suatu benda yang tertentu, namun digunakan oleh saya untuk merujuk makna yang berlainan. Apabila berkata tentang coklat, sudah pasti kita akan membayangkan coklat yang enak berjenama Cadbury, Van Hauten, Ferero Rosher dan sebagainya.

Oleh itu, jarang sekali kita membawa coklat yang berkenaan datang ke kelas. Berdasarkan perkataan coklat terbabit ianya merujuk kepada makna gula-gula yang hanya digunakan oleh individu yang berasal dari negeri bahagian utara dan bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Selain itu, ada juga perkataan lain yang berlaku keadaan seperti situasi di atas antaranya perkataan timun yang digunakan merujuk buah tembikai yang digunakan oleh orang pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.


Thursday 28 March 2013

#19 Saya & Aku


Kami dan rakan saya bergerak menuju ke FBK UPSI untuk berjumpa dengan seorang rakan lagi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu bagi membincangkan sebuah program yang akan kami laksanakan tidak lama lagi sebelum berjumpa dengan penasihat kami.


Pada kebiasaannya, saya akan menggunakan kata ganti nama diri “aku” jika berbual dengan rakan-rakan yang telah rapat. Namun berbeza dengan rakan saya yang seorang ini, dia sememangnya akan menggunakan kata ganti nama diri ‘saya’ dan ‘awak’ jika berbual atau berbincang dengan rakan-rakan walaupun telah lama menjadi rakan yang akrab. Berikut merupakan antara perbualan saya dengan rakan yang saya maksudkan :

Akan : Awak dah tempah tiga buah bas untuk program tu?
Saya : Saya dah tempah, Cuma kena comfirmkan semula dengan pegawai tu.

Saya yang pada mulanya seakan ingin menggunakan ‘aku’, akhirnya turut sama menggunakan ‘saya’ bagi membahasakan diri sebagai menghormatinya.


ULASAN dan PENGAJARAN :

Walaupun sudah kami kenali, namun rakan saya masih membahasakan dirinya "saya". Mungkin ianya menganggap seperti dalam perbincangan yang formal walaupun perjumpaan tersebut adalah antara kami sahaja. Penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua sememangnya menjadi masalah jika kita tidak mengenali orang yang akan berbual bersama kita.

Situasi yang sering berlaku ialah penggunaan ‘saya’ akan digunakan sewaktu di peringkat awal perkenalan, sebaliknya jika sudah lama mengenali, secara sendiri kata ganti nama diri itu akan berubah kepada ‘aku’ dan ‘kau’.

Perkara ini tidak akan menimbulkan masalah walaupun membahasakan "saya" atau "aku" kerana penggunaannya sememangnya merupakan kata ganti nama diri yang dilihat agak sopan.

#18 SENYUMLAH



Semalam, saya bersama beberapa orang rakan telah pergi ke kedai mamak berhampiran untuk menjamu selera di situ. Lokasi kedai mamak tersebut tidak jauh dari rumah kami.

Semasa di sana, kami semua telah membuat pesanan minuman dan makanan daripada pekerja di situ. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya dan rakan-rakan makan di kedai tersebut. Apa yang mengecewakan saya ialah kebanyakan pekerja di situ lansung tidak melayan kami dengan baik malahan untuk melihat mereka semua senyum pun adalah satu perkara yang sangat sukar. Mereka juga menggunakan bahasa yang agak kasar ketika mengambil pesanan kami. Kemungkinan kerana tekanan akibat daripada orang yang ramai pada waktu itu.



Hayatilah lagu ini...........

Senyum by Raihan

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman...

Senyuman...

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Senyumlah...

Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna

Senyum... Senyum... Senyum...
Senyum... Senyum... Senyum...
Senyum...
Senyumlah kita

Senyumlah... Senyumlah...Senyumlah...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati



Ulasan dan Pengajaran :

Semua sedia maklum bahawa senyum adalah sifat yang baik dan terpuji. Dengan senyuman kita dapat membina perhubungan dengan orang lain. Jadi, jika kita tidak dapat memberikan senyuman kepada orang lain, itu bermaksud kita telah mempunyai sifat tidak santun dalam diri kita. Sebagai seorang pekerja di kedai makan yang sering berurusan dengan orang ramai, kita mestilah sentiasa tersenyum untuk menarik pelanggan dan juga menggunakan bahasa yang baik untuk menjaga hati mereka.


#17 (Ungkapan Tabu dalam Filem-filem Melayu)

Assalamualaikum…

Apakah maksud tabu?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu boleh dimasudkan sebagai sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali, yang terlarang, yang diharamkan atau ditegah daripada percakapan. Dalam ertikata yang lain, tabu merupakan percakapan yang kurang sopan, kasar, kesat, atau berbaur lucah yang ditegah penggunaannya dalam komunikasi. Walau bagaimanapun, saya melihat industri perfileman kini banyak menggunakan ungkapan-unkapan yang bersifat tabu dalam pembikinan filem mereka. Contohnya, ketika saya menonton filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham di rumah sahabat saya di Shah Alam, saya mendapati filem tersebut banyak menggunakan ungkapan yang berbaur tabu atau lucah. Filem yang membongkarkan keruntuhan akhlak dan moral dalam kalangan remaja ini jelas menggunakan ungkapan tabu dalam dialog filem tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui watak Zekry, iaitu lakonan Farid Kamil yang menggungkapkan kata-kata tabu seperti “aku sangap lubang” dalam dialog filem tersebut. Hal ini menunjukkan betapa rendahnya penggunaan bahasa Melayu yang baik dan santun dalam dunia perfileman tanah air kita.

Hal ini menunjukkan bahawa bahasa industri perfileman kita menggunakan media sebagai saluran komersial yang mengeksploitasikan penggunaan pelbagai bentuk dan ragam bahasa yang tidak baik sehingga menjatuhkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Kemunculan pelbagai bentuk media dalam suasana yang penuh persaingan telah menjadikan ungkapan tabu sebagai objek seni dan komersial. Kedua-dua tujuan tersebut digabungjalinkan dengan menarik bagi tujuan melariskan jualan agar mendapatkan keuntungan yang luar biasa.



Kata Yang Mempunyai Makna Pantangan          Kata Alternatif

Alat kelamin lelaki/perempuan                      -      Kemaluan
Datang haid                                                 -      Datang bulan
Jamban                                                       -      Tandas/ Bilik air
Tahi                                                            -      Najis
Pelacur                                                       -        Pekerja seks
Kentut                                                        -       Buang angin
Orang gila                                                   -      Orang hilang akal
Tetek                                                          -      Buah dada
Mampus                                                     -      Meninggal dunia

Jadual 1: Contoh kata tabu dan kata gantian



...

Ulasan dan Pengajaran :

Sebagai rumusannya, tabu ini telah terbukti berperanan besar dalam masyarakat dan budaya Melayu, hasil penciptaan banyak kata dan kosa kata yang kreatif dan berterusan. Perkembangan bahasa tabu pada hari ini pula wujud berkemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yang kian bercambah. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yang dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial yang berlaku telah menjadi antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut.

Walau bagaimanapun, kesan yang timbul akibat penggunaan ungkapan tabu ini telah mempengaruhi masyarakat, terutamanya golongan untuk menggunakan ungkapan-ungkapan seumpama itu dalam komunikasi seharian mereka. Maka, dengan itu muncullah generasi yang tidak beradab sehingga sanggup menggunakan ungkapan tabu itu ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Oleh itu, diharap penggunaan ungkapan tabu dalam dunia perfileman dapat dikurangkan dan digantikan dengan bahasa halus atau eufemisme agar melahirkan generasi yang mampu berbahasa dengan halus dan sopan.

#16 Bahasa Yang Dimodenkan – Dan Dipendekkan



Titew Cukew Kamooo (euwh!)
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Sedang saya asyik ber"facebook".. saya terbaca satu laman sosial seseorang.. Disitu terdapat banyak sangat penggunaan bahasa ringkas dan dianggap comel oleh sesetengah orang. Antaranya :


tidur = tito (lawak okay? hahahah)
      nya = nyeww (kalau nye boleh tahan lagi sebab aku pon buat)
      sedap = cedap / shedap / syedap
       aku = ak / aq
       itu = it00                                                                                        
      *uit = tuitt (korang rasa apa?)
       lah = lha (yang ni aku bengang gila)




Di zaman teknologi maklumat ini dengan sms, twitter, facebook, blog dan sebagainya…bahasa dan sebutan menjadi semakin pelik kerana dimodenkan. Komunikasi dengan teks jelas mempengaruhi “lingo” di dalam urusan seharian. Perkataan “comel” ditulis sebagai  ”tomei”. Ini kerana sekiranya disebut comel secara berhadapan dengan subjek, perkataan disebut dengan intonasi yang menggambarkan kecomelan seorang bayi, seorang kanak2 atau seekor kucing. Tetapi dengan teks, intonasi tidak dapat disebut dan ditekankan…maka perkataan ditukar sewenang-wenangnya bagi mencapai maksud tersebut.

Ketika itulah bermula era ringkasan perkataan. Bagi menjimatkan kos dan menghantar mesej yang mencapai maksud, semua perkataan diringkaskan sehingga menjadi terlalu sukar untuk dibaca.

Saya masih ingat ketika SMS mula2 diperkenalkan, ketika itu sms mempunyai limit huruf atau aksara yang boleh digunakan. Satu sms yang ingin dihantar mestilah tidak lebih dari 160 aksara dan kemudian dinaikkan sekali ganda dan sehinggalah ke tanpa had huruf.

Ketika itulah bermula era ringkasan perkataan. Bagi menjimatkan kos dan menghantar mesej yang mencapai maksud, semua perkataan diringkaskan sehingga menjadi terlalu sukar untuk dibaca. Kemudian, apabila generasi internet bermula dan semua pelajar sekolah sudah memiliki telefon bimbit maka setiap perkataan dipendekkan, dimodenkan bagi memberi maksud yang sesuai. Ketika ini, sms sudah tidak mempunyai had huruf – anda boleh menaip seberapa banyak huruf atau perkataan, namun perkataan yang diringkaskan tetap menjadi pilihan.

Kita mahu sesuatu dengan cepat, kita mahu mesej kita ditaip dengan cepat (dengan menggunakan sebelah tangan ketika sedang bercakap dengan kawan atau ketika sedang memandu), maka kita tidak peduli semua itu
Kenapa ini berlaku?

Kerana kita tidak kisah, kita mahu sesuatu dengan cepat, kita mahu mesej kita ditaip dengan cepat (dengan menggunakan sebelah tangan ketika sedang bercakap dengan kawan atau ketika sedang memandu), maka kita tidak peduli semua itu, tidak peduli dengan perkataan apatah lagi tatabahasa. Yang penting, mesej perlu dihantar segera. Maka “aku” menjadi “aq”, “tidak” menjadi “x” dan inilah adalah contoh ayat yang saya maksudkan.

 “k la kowang, 2 jew aku nurk bebel..xmo amerk atiew taw nan titew…2 cume titew punye pndangan ajew..kalo turk puas atiew ley mawah org len,,titew turk calah pown” 



Saya tidak kisah (dan saya suka) membaca tulisan di dalam loghat atau dialek tempatan seperti dialek Kelantan, Kedah, Perak dan sebagainya yang ditulis seperti deghoyan, habaq, demo, pitih dan sebagainya. Saya cuma tidak dapat menerima atau membaca tulisan yang seperti di atas.

Saya tidak marah apabila tulisan diringkaskan dan masih mengekalkan perkataan sebenar dengan menggunakan tatabahasa serta “punctuation” yang betul, tetapi saya amat kecewa apabila perkataan di”lacurkan”, ditukarkan sesuka hati. Saya cabar setiap remaja di luar sana untk mencipta perkataan baru (lingo baru) untuk meluahkan hasrat anda..jangan mengubah bahasa asal sewenang-wenangnya.

…………………………………………………………………………………………………………

Ulasan dan Pengajaran :

Adakah anda suka apabila mendengar ucapan salam dari rakan anda berbunyi “semekommmm” yang disebut dengan cepat dan ringkas?

Entahlah, tapi saya pasti lebih suka mendengar dengan jelas “Assalamualaikum” dan melihat penyebutnya..mengucapkannya dengan senyuman


Tentunya, bahasa ringkas membawa implikasi besar dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap bangsa diwakili. Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa singkatan menjadi amalan harian memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa."Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa sehingga mereka mengadaptasikan sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber," katanya.

Menurut beliau, remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber, SMS dan blog."Ledakan teknologi menyebabkan bahasa turut masuk dalam arus perkembangannya memandangkan ia bentuk komunikasi digunakan seharian."Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain," katanya.



Friday 22 March 2013

#15 Bahasa halus ~



Pada kali ini saya mahu membincangkan tentang bahasa halus dan juga bahasa kasar. Kedua-dua jenis variasi bahasa ini menunjukkan perbezaan yang ketara dari beberapa aspek. Bahasa halus ialah bahasa yang bersopan-santun dan berbudaya tinggi. Bahasa halus ini menggunakan kata ganti nama yang bersopan serta nada pengucapan yang rendah, lembut dan menimbulkan kemesraan.
Antara bahasa halus seperti :

1. Datang bulan (haid)
2. Buang air kecil (kencing)
3.Buang air besar (berak)
4. Berbadan dua (mengandung)
5. Orang rumah (isteri)

Definisi dan contoh yang telah diberikan ternyata sangat berbeza dengan bahasa kasar.
Bahasa Kasar pula adalah :


Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.


Ulasan dan Pengajaran :

Kita hendaklah menggunakan bahasa halus dan cuba elak untuk menggunakan bahasa kasar ketika berkomunikasi. Banyak kelebihannya sekiranya kita menggunakan bahasa halus ketika berkomunikasi dengan orang lain. Antaranya ialah kita akan lebih menghormati orang lain, menjaga perasaan orang lain, serta dapat menimbulkan kemesraan antara satu sama lain.

#14 SAIM DAN SAING??



Assalamualaikum semua.

Senyum tak harini?? Kalau belum,,mari kita senyum tiga dulu,,, SENYUMMM :)

Hai. Semua orang pasti ada kawan kan?? Saya pon ada kawan. Sebut pasai kawan, saya ada istilah baru untuk kawan. Sejak berkawan dengan kawan yang pelbagai negeri, macam-macam istilah yang saya dapat untuk perkataan kawan. Sebelum saya jelaskan tentang istilah lain bagi kawan, telah berlaku satu kekeliruan kepada saya sewaktu pertama kali saya mendengar perkataan “saim”.

Selama ini saya ingatkan “saim” itu “saing” tapi rupa-rupanya saim itu istilah untuk kawan. Istilah ini sering di pakai guna oleh orang yang berasal dari Kelantan. Sebelum ini saya ingatkan saim itu singkatan untuk "saing" dan membawa maksud berlumba-lumba untuk sesutu. Ternyata saya yang salah.

Ulasan dan Pengajaran :

Walaupun bunyi sesuatu perkataan sama, namun maknanya mungkin sama sekali tidak sama dan ejaannya juga berlainan. Berlainan negeri berlainan lah dialek masing-masing.

Thursday 21 March 2013

#13 Sampul Bantal @ Sarung Bantal ??



Hai semua..

Hari ini saya nak cerita sedikit kisah tentang kawan saya.. Bagi saya amat pelik la, tapi taktau la bagi awak semua macam mana pula. Hmmmm.... Kisah dia begini,,

Pada suatu petang, saya dan rakan saya sedang mengemas barang dalam bilik kami. Al-maklumlah baru sampai bumi Tanjong Malim ni setelah sekian lama bercuti semester la katakan. Masing-masing mengemas katil yang dah lama berhabuk. Kami menyarungkan tilam kami dengan sarung tilam yang baru.  Kemudian, “Dayah, tengok ni sampul bantal aku! Cantik tak?” tanya rakan aku. Haaaa? Saya terpinga-pinga.

Satu persoalan telah timbul dalam diri saya. Sampul bantal????

Ayat baru yang saya terima dalam hidup saya kerana seumur hidup saya, tak pernah lagi saya menyebut “sampul bantal”. Hahahahaha... Ianya sangat melucukan saya. Rakan saya menyatakan bahawa keluarganya pun panggil sampul bantal. Mereka berasal daripada Kelantan. Mungkin orang Kelantan juga menyebut “sampul bantal” juga. Kan??

Ulasan dan Pengajaran :

Walaupun istilah pada sesuatu benda ada yang melucukan seperti "sampul bantal" namun kita tidak boleh mempersendakan istilah tersebut yang digunakan seseorang. Mungkin itu istilah yang digunakan dalam sesebuah masyarakat setempat.

#12 SETIA tidak bermakna BENCI


ASSALAMUALAIKUM DAN SEJAHTERA SEMUANYA.......

Entri saya kali ini adalah berkaitan dengan “SETIA tidak bermakna BENCI”

Setelah membaca ayat ini, otak saya mula berfikir sejenak. Ianya ada sedikit memeningkan saya dan juga budak2 kelas saya pada hari tersebut. Mulanya saya fikir mungkin ayat yang diberikan adalah salah, namun setelah habis perbincangan dengan rakan-rakan sekelas, barulah saya faham apa yang dimaksudkan dengan “SETIA tidak bermakna BENCI”.

Dari segi konteks bahasa, kita sebagai masyarakat seharusnya bijak dalam pemakaian bahasa dalam kehidupan harian masing-masing. Hali ini demikian kerana, kita sebagai pengguna bahasa Melayu haruslah setia dan mengagungkan bahasa Melayu itu sendiri dan walaupun begitu, kita tidak seharusnya membenci bahasa yang lain kerana kadangkala kita juga perlukan bahasa lain dalam kehidupan kita.

Dari segi konteks manusia atau masyarakat pula, walaupun kita begitu setia kepada seseorang namun, kita tidak seharusnya membenci orang lain.

 Begitulah serba sedikit tentang “SETIA tidak bermakna BENCI”

Ulasan dan Pengajaran :

Setialah pada bahasa kita tapi janganlah membenci bahasa yang bukan milik kita... :)




#11 POYO?



POYO. Selama ini saya hanya tahu sebut sahaja perkataan ini tapi maksudnya saya kurang faham. Dalam kelas Sosiolinguistik perkataan POYO ini telah disebut dan dibincangkan dalam kelas. Akhirnya barulah saya tahu apa yang dimaksudkan dengan POYO. Perkataan ini berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu Proud Of Your Own dan mungkin bila diterjemahkan dalam bahasa Melayu ia bermaksud bangga dengan apa yang ada pada diri sendir.

Hahaha,,, sekarang baru saya faham maksudnya. Sekarang, saya rasa perkataan itu sendiri sudah 'poyo' kerana ia sering digunakan secara berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja sekarang tetapi pada masa yang sama mereka tidak dapat memberikan makna yang tepat tentang maksud perkataan ini apabila ditanya kepada mereka.

Berikut adalah makna POYO yang saya dapat tafsirkan :

- Gedik/mengada-ngada
- Macam bagus
- Cuba menonjolkan diri tidak kena tempat
- Berlagak hebat

Oleh itu, kita dapat lihat bahawa makna-makna ini lebih menjurus kepada makna negatif sahaja.

Ulasan dan Pengajaran :

Kita dapat lihat bahawa perkataan 'poyo' itu sendiri tidak mempunyai makna yang jelas. Ianya seolah-olah menggambarkan kepada semua perbuatan yang negatif. Pernahkan anda digelar sebagai 'poyo'? Mungkin saya dapat jelaskan bahawa perkataan ini adalah sebahagian daripada perkataan slanga ataupun bahasa yang tidak rasmi. Apa yang saya faham tentang bahasa slanga adalah ianya mempunyai taraf yang rendah sedikit kerana iainya hanya merosakkan bahasa kebangsaan kita sahaja.

Friday 15 March 2013

#9 Indahnya Penggunaan Pantun dalam Adat Pertunangan


Gagah hulubalang memegang panji
Dayang menari bertingkah irama
Adat bertunang meterai janji
Menanti hari disanding bersama

Setelah berjaya merisik dan melamar, barulah adat bertunang akan dilaksanakan. Adat bertunang bertujuan mendapatkan kata janji untuk menyatukan kedua mempelai. Dengan terlaksananya pertunangan di antara kedua-dua mempelai, maka ia bermakna kedua-duanya juga tidak boleh menerima dan meminang orang lain.

Sekirannya pertunangan ingin diputuskan, terdapat beberapa perkara yang akan diambil kira. Jika diputuskan oleh pihak lelaki, cincin tunang dan barangan hantaran akan dikira hadiah dan pihak perempuian tidak perlu mengembalikannya. Manakala sekiranya pertunangan itu diputuskan oleh pihak perempuan, pihak perempuan perlu memulangkan semua cincin dan barang hantaran, ada kalanya perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda daripada nilai asal.

Dari segi budaya, tak banyak pertunangan yang diputuskan oleh pihak perempuan. Perkara ini akan dianggap sangat mengaibkan bagi pihak lelaki. Justeru itu, pengembalian hantaran sebanyak dua kali ganda itu dirasakan memadai dengan aib yang ditanggung.

Adat bertunang ini didahulukan dengan tepak sirih sebagai kepala adat, sirih junjung, cincin tunang dan barangan hantaran lain seperti sepasangan persalinan dari kain yang bermutu, makanan, manisan dan lain-lain. Secara lazimnya, jumlah hantaran akan berjumlah ganjil dan pihak perempuan akan membalas dengan jumlah yang lebih berbanding pihak lelaki. Contohnya 7 hantaran dari pihak lelaki akan berbalas 9 hantaran dari pihak perempuan dan yang lain seumpamanya.

Pihak lelaki akan datang dengan dianggotai oleh orang tua-tua bersama-sama barangan hantaran. Seperti biasa, tepak sirih akan dihulurkan.

Topik perbincangan semasa adat pertunangan akan berkisar pada tempoh pertunangan berlangsung selama satu ke dua tahun. Namun tempoh masa tidak tepat dan ia boleh diubah untuk lebih cepat atau lebih lama.

Juga dibincangkan di dalam adat pertunangan ialah menentukan tarikh untuk upacara selanjutnya seperti adat pernikahan, majlis perkahwinan, adat bertandang dan jumlah duit hantaran. Pihak pengantin lelaki juga akan menetapkan tarikh untuk menghantar duit belanja kepada pihak perempuan.

Setelah berbasi-basa, berbalas pantun dan kata putus dibuat, maka pihak lelaki yang diwakili oleh seorang perempuan (kalau kampung aku, bakal mertua) akan menyarungkan cincin ke jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda pertunangan ini bermula. Dengan adat ini, kedua-dua pihak sudah terikat dengan satu perjanjian tidak rasmi antara mereka.

Setelah semua berpuas hati dengan kata putus yang diambil dan hantaran telah bertukar tangan, pihak lelaki akan meminta diri untuk pulang. Di akhir adat bertunang ini, satu majlis makan yang ringkas akan diadakan untuk meraikan adat bertunang ini Majlis akan diakhiri dengan doa selamat untuk mendoakan kesejahteraan kedua-dua mempelai (kebiasaannya, tarikh untuk adat bertunang ini telah ditetapkan semasa adat melamar, dan pihak lelaki akan memaklumkan jumlah anggota rombongan peminangan dan juga waktu dijangka sampai bagi membolehkan pihak perempuan membuat persiapan).

Pantun berikut boleh digunakan oleh wakil kedua-dua belah pihak dalam adat bertunang.


Perahu kolek ke hilir tanjung,                                              
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari?

Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah.

Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti.                                                
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat di hati.

Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu Cenderawasih.

Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata.

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan.

Dari sumbu terbit apinya,
menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga.

Baik-baik kalau berhuma,
Jangan sampai lalang sepekan,
Hajat yang baik kami terima,
Dalam adat kami serahkan.

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada tuhan,
Datang kami disambut baik.


Ulasan  dan Pengajaran :

Kebanyakan masyarakat zaman sekarang melakukan adat pertunangan terus kepada tujuannya. Adat seperti ini dilihat hanya digunakan masyarakat lama yang sangat berpegang pada adat. Saya berasa bangga sekiranya, penggunaan pantun dalam proses meminang terus dilaksanakan sehingga sekarang. Hal ini kerana banyak kiasan dan maksud tersurat serta tersirat yang ingin disampaikan melalui susunan ayat dalam rangkap yang indah. Oleh itu, penggunaan pantun dilihat sesuatu yang menarik dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim kerana bahasanya yang begitu indah.



#8 STEREOTAIP

Hai,,, aku pun kena saman ka?? adoilaa :p


Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti.

Hal ini juga berlaku kepada diri saya. Setiap kali saya menaiki kereta yang dipandu kawan saya, apabila terserempak sahaja dengan kereta polis, apa yang bermain di fikiran saya adalah kami akan disaman. Sekiranya kami terlupa memakai tali pinggang keledar, kami akan cepat-cepat memakainya kerana takut akan disaman pihak polis.

Stereotaip ini berlaku pada semua masyarakat tidak kira umur  termasuklah saya. Walaupun kadangkala anggapan kita sebenarnya ada yang salah. Namu, tanggapan negatif sudah sebati dengan jiwa masyarakat.

Dalam konteks hubungan ras/etnik, stereotaip itu merupakan satu pandangan atau 
imej yang diberikan oleh satu kumpulan ras terhadap kumpulan ras yang lain. Pandangan atau 
imej ini biasanya bersifat negatif. Kumpulan dominan kulit putih seringkali memegang idea 
yang stereotaip tentang kaum subordinat yang bukan daripada golongan kulit putih dan begitu 
juga sebaliknya. 

Idea stereotaip ini sukar untuk diketepikan oleh sesuatu kaum itu kerana banyak 
faktor yang menghalang mereka untuk melarikan diri daripada idea ini. Pertama, ciri-ciri 
sesuatu kaum itu mungkin muncul daripada keadaan hidup yang sebenar. Contohnya, orang 
kulit putih selalu mengaitkan kemalasan dengan orang kulit hitam disebabkan ramai orang 
kulit hitam yang hidup dalam keadaan miskin.

Ulasan dan Pengajaran :
Idea stereotaip ini sukar untuk diketepikan oleh sesuatu kaum itu kerana banyak faktor yang menghalang mereka untuk melarikan diri daripada idea ini kerana ciri-ciri sesuatu kaum itu mungkin muncul daripada keadaan hidup yang sebenar. Contohnya, orang kulit putih selalu mengaitkan kemalasan dengan orang kulit hitam disebabkan ramai orang kulit hitam yang hidup dalam keadaan miskin.

#7 Kata Sapaan Yang Betul

Hari Khamis lepas, dalam kelas Sosiolinguistik Dr Saniah telah mengajar kami semua tentang Mikrososiolinguistik dan Makrososiolinguistik. Hasil pembelajaran itu, setiap masyarakat mempunyai kata sapaan dan gelaran yang tertentu bagi diri mereka baik dari segi pangkat, akademik dan keturunan.

 Apa yang ingin saya kupaskan dalam entri ini adalah mengenai penggunaan kata sapaan yang betul.
 Seringkali saya melihat individu menegur orang yang tidak dikenali dengan panggilan abang, pakcik dan sebagainya. Perkara sebegini tidak akan menimbulkan masalah sekiranya orang yang ditegur merupakan orang biasa dan tidak mempunyai sebarang pangkat atau gelaran khas.

Sebaliknya jika berlaku kepada individu yang mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk, Tan Sri, Profesor dan sebagainya, kadangkala golongan ini akan rasa tersinggung dengan kata sapaan tersebut. Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini, penggunaan kata sapaan ‘encik’ adalah sangat sesuai jika digunakan untuk menegur sesiapa sahaja.


Ulasan dan Pengajaran :
“Kita tidak boleh sesuka hati memanggil orang lain dengan panggilan pakcik, abang dan sebagainya. Sebaliknya kata sapaan yang betul ialah encik dan sangat sesuai digunakan kepada sesiapa sahaja”




#6 SIMBOL DAN BAHASA



Pada hari Rabu bersamaan 13 Mac 2013, dalam kelas Karya Agung, pensayarah saya ada menyebutkan tentang simbol dan bahasa dalam Karya Agung yang menjadi satu komunikasi dalam penyampaian maklumat kepada khalayak.

Berdasarkan itu,  komunikasi adalah satu tuntutan hidup dan tanpa sedar atau sedar, secara aktif atau pasif, kita sebenarnya berkomunikasi. Kita lazimnya menggunakan berbagai-bagai simbol dan isyarat berbentuk kata atau tanpa kata untuk membentuk apa yang ingin kita sampaikan.

Komunikasi adalah asas hidup bermasyarakat dan sering kali kita tidak mengambil berat atau kurang mengetahui bagaimana untuk kita berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Umumnya, komunikasi adalah satu aktiviti berperingkat (multi-level) yang bermula daripada fikiran yang waras. Oleh itu, komunikasi bergantung kepada konteks dan ciri-ciri individu penyampai dan penerima, maka ia adalah amat rumit untuk dilaksanakan. 


Ulasan dan Pengajaran :
Dengan simbol juga masyarakat dapat memahami tujuan yang ingin disampai oleh seseorang. 

Friday 8 March 2013

#5 Tergamam

Tergamam?????

Pasti anda semua tertanya-tanya kepada tajuk saya kali ini tergamam kan?

Kisah ini berlaku pada hari Khamis kemarin. Kejadian ini berlaku sewaktu saya dan kedua rakan hendak balik ke rumah setelah selesainya kelas KPD 3026 bersama pensyarah kesayangan saya iaitu En. Zulkifli.

Keluar sahaja dari kelas, kami terus menuju ke arah basikal kami yang berwarna biru iaitu milik saya, berwarna kuning milik Noor Ibadah dan satu lagi berwarna putih iaitu milik Safira. Kami mengayuh basikal dengan berhati-hati.

Entah bagaimana, TIBA-TIBA..........

Dengan sekelip mata, Ibadah telah terjatuh daripada basikalnya. Saya yang menurutnya dari belakang terus tergamam. Nasib baiklah sewaktu dia jatuh tidak ada kereta atau motorsikal yang melalui di situ. Saya hanya mampu tergamam dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa.

Namun, Ibadah telah ditolong oleh pelajar Upsi yang lain. Saya pun tidak tahu kenapa saya tidak turun dari basikal untuk menolongnya bangun semula. Waktu itu perasaan saya sangat terkejut dan terketar-ketar apabila melihat rakan saya telah terjatuh.

Kata Ibadah, sebab dia terjatuh kerana berlanggar dengan tayar belakang basikal Safira dan tidak mampu untuk mengawal lagi lalu terjatuh. Safira yang berada di hadapan tidak tahu apa-apa langsung lalu

Gambar sekadar hiasan




Pengajaran dan Ulasan :

Patutkah saya tergamam sahaja??hahaha
Pesanan :  Berhati-hatilah membawa kenderaan walaupun ia hanya sebuah basikal. :)


Thursday 7 March 2013

#4 Terima Kasih

Salam semuanya..






Kisah kali ini pula mengenai ungkapan 'Terima Kasih'. Setiap kebaikan yang dilakukan seseorang kepada kita, seharusnya kita perlulah mengucapkan ungkapan 'Terima Kasih' sebagai tanda kita menghargai jasa atau bantuan yang telah diberikan kepada kita.

Setiap kali saya hendak pergi ke kampus Sultan Azlan Shah, saya akan menaiki bas kitaran yang disediakan oleh pihak Upsi. Amalan ini sudah lama diterapkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain sejak semester satu lagi. Sekarang, kami menaiki bas baru daripada Syarikat Kiffah sdn. bhd. Bas Kiffah lebih selesa dan cantik serta berwarna-warni.

Semester ini juga, saya mempunyai satu kelas di kampus baru iaitu kelas subjek Projek Tahun Akhir. Sesudah sampai ke kampus baru, kami akan menuruni bas lalu mengucapkan 'Terima Kasih' kepada abang dan pakcik pemandu bas. Dengan itu, ungkapan kami di balas dengan ungkapan 'Sama-sama' dan senyuman.

Namun, ada juga sesetengah pelajar yang masih tidak mengucapkan ucapan 'Terima Kasih' kepada pemandu bas. Sikap ini hanyalah mementingkan diri sendiri dan melambangkan seseorang tersebut sangat sombong.

Pangajaran dan Ulasan :

Setiap kebaikan yang dilakukan, balaslah dengan kebaikan juga. Walaupun bukan dengan harta, ucapan terima kasih juga sudah cukup mencukupi.




#3 Bahasa Rojak

Assalamualaikum semua...... :)



Lihatlah gambar di sebelah ini, berdasarkan dialog yang digunakan antara dua watak ini terdapat unsur percampuran bahasa. percampuran bahasa ini juga dikenali sebagai "Bahasa Rojak". Isu tentang bahasa rojak ini sudah lama diperkatakan dan ianya kebanyakan berlaku dalam kalangan remaja masa kini.

Bahasa rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan amalan beralih kod (mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu pertuturan) yang serupa dengan pijin, Manglish dan Singlish. Walaubagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Bahasa rojak ini juga berlaku dalam persekitaran saya. Masih saya ingat lagi, sedang saya dan rakan-rakan membeli buku subjek major di salah sebuah kedai buku di Kuala Lumpur. Kami terdengar perbualan seorang gadis kota sedang bercakap telefon dengan seseorang. Perbualannya lebih kurang seperti ini, "U kat mane ni? I dah tunggu U kat area ni lama dah tau" "If U lambat datang, I cau dulu ah"

Perbualannya amat menggelikan hati kami. Kami gelak terbahak-bahak. Gadis tersebut mungkin tersedar yang kami menggelakkannya, lalu dia beredar ke hadapan kedai buku itu.

#2 "Masuklah, kami lelaki ni."

Kisah yang kedua ini berlaku di lift bangunan E-Learning Upsi.


Waktu sudah menunjukkan jam 11 malam. Selesai juga latihan drama 'Jejak Pahlawan' di tingkat lima bangunan E-Learning Upsi, saya dan kedua rakan bergegas menuju ke lift. Pelajar drama yang lain juga masing-masing menuju ke lift tersebut. 

Sebaik sahaja pintu lift terbuka sahaja, pelajar lelaki terus menuju masuk. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada pelajar perempuan masuk sekali. 

Tetapi kawan saya seorang ini berjaya masuk ke dalam lift sebenarnya tetapi terpaksa keluar semula kerana takut disebabkan hanya dia seorang sahaja perempuan. 

Saya masih ingat lagi kata-kata salah seorang pelajar lelaki iaitu :

"Masuklah, kami semuanya lelaki ni."
"Ampa berani, masuk laaaaaa"

Berdasarkan kata-kata tersebut, sudah pastinya pelajar perempuan tidak akan masuk bersama dengan mereka. Dengan kata-kata itu juga telah menyebabkan pelajar perempuan berasa takut dengan mereka dan memandangkan ianya berlaku pada waktu malam.


Pengajaran dan Ulasan :

Ulasan yang ingin saya sampaikan adalah pelajar lelaki seharusnya tidak mengamalkan sikap seperti dalam situasi ini kerana ianya seperti menindas kaum wanita dan memperlekehkan kaum wanita yang sememangnya dianggap lemah. 

#1 Kerana Bahasa Kita Dipermainkan

NAK BERBUAL KENA ADA ILMU

Dalam tulisan saya ini, suka saya mengajak anda untuk membuat sedikit senaman minda tentang beberapa perkara yang berlaku di sekitar kita. Antara yang sering diperkatakan adalah berkenaan kesungguhan dan kehendak seseorang untuk mengusai bahasa perbualan atau dialek dengan baik bagi mereka yang berada di luar negeri kelahiran masing-masing. Saya datangkan contoh di sini berkenaan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana pusat pengajian yang ada. jika ditanya akan pilihan mereka sama ada untuk bertutur dalam bahasa baku atau bahasa pasar, sudah semestinya ramai menjawab dan memilih bahasa pasar.

Kerana Bahasa Kita Dipermainkan ???

Teringat saya akan satu kisah sewaktu berada di kelas tidak lama dahulu, di mana pensyarah yang mengajar ketika itu ada bertanya kepada pelajar-pelajar yang berlainan negeri yang ada di kelas tersebut. Jika nak dijadikan dialog semula, mungkin ini yang boleh saya ingat serba sedikit :

Doktor : Awak biasanya kalau ke pasar atau ke mana-mana, cakap ngan orang tempatan sini guna bahasa baku atau bahasa dialek?
Pelajar 1 : Kalau ke kedai mesti guna bahasa pasar la doktor, takkan nak guna bahasa macam ayat dalam buku.
Doktor : Kenapa pulak tak boleh? Ada sebab-sebab tertentu ke?
Pelajar 2 : Bukan ape doktor, kalau saya atau sape-sape yang lain cakap macam dalam buku, nanti dia ingat kita baru lagi kat sini. Nak tipu kita pun senang.
Pelajar 1 : Betul tu doktor, saya pernah kena macam tu dulu.
Doktor : (hanya tersenyum)

Ya, bagi mereka yang memilih menggunakan bahasa pasar, itulah antara sebab-sebab yang dinyatakan apabila ditanya kenapa dan mengapa. Sebenarnya masalah tipu atau tidak bukanlah bergantung kepada baru ke lama, cakap fasih atau tidak, atau sebagainya. Tidak dinafikan ada yang pernah lalui situasi tersebut sepanjang berada di negeri lain. Tetapi perlu diingat semua yang berikut bergantung kepada niat dalam hati. Tidak perlu menyalahkan soal bahasa semata-mata. Kalau pun orang tempatan sendiri ke kedai, dan si penjual ada sedikit perangai kurang baik, tidak mustahil juga orang tempatan itu sendiri boleh ditipu.


Bahasa Baku - Tidak Salah Jika Masuk Pasar

Merujuk kepada kisah di atas, tulisan santai ini bukanlah untuk mengajak anda semua berfikir sejenak akan perkara tersebut. Maksudnya di sini sebagai orang yang berkehendak akan sesuatu perkara, pastinya anda akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai apa yang diinginkan. Tapi bagaimana untuk mendapatkannya?

Sebagai contoh : seorang lelaki yang meminati seorang perempuan pastinya akan melakukan apa sahaja untuk mengenali dengan lebih dekat perempuan tersebut. Siapa namanya, dari mana dia, apa kesukaannya dan sebagainya. Begitu jugalah dalam hal yang berkaitan dengan tajuk kita pada kali ini. Tak kenal maka tak cinta!